GANGGUAN DI DALAM LIF - IKA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Nama saya Zulaikha, kawan kawan panggil saya dengan nama pendek, ika sahaja. Ika seorang penuntut di salah sebuah kolej di Kuala Lumpur. Ika merupakan siswi tahun pertama dalam kos kejururawatan. Ika masih baru dan masih berjinak jinak dalam bidang tersebut. Nak dipendekkan cerita, kami satu batch pertama kali dihantar untuk membuat practical nursing di salah sebuah hospital besar di Kuala Lumpur selepas 3 bulan menceburi kos ini. Pada masa itu kami diarahkan posting bersama senior semester 5 dari kolej yang sama. Namun banyak kisah kisah seram yang ika selalu dengar dari keluarga ika sendiri, saudara mara dan kawan-kawan yang lain sehinggalah pada suatu hari, ika sendiri mengalami situasi yang sangat menakutkan dan ika masih lagi trauma sehingga pada hari ini.
Pada mulanya, kami dipindahkan dari asrama kolej ke asrama yang lain dimana ianya berdekatan dengan hospital untuk memudahkan sesi latihan kami agar berjalan dengan lancar. Posting practical pada hari pertama kami berjalan dengan baik sekali, kami diorientasikan oleh staff hospital tersebut untuk mengenali kawasan-kawasan dan sedikit sebanyak terdedah kepada persekitaran hospital. Maklumlah, tak semua dikalangan kami ni terbiasa dengan kawasan hospital. Inilah peluang kami untuk mengambilnya sebagai pengalaman dan menanamkan cita-cita untuk menjadi seorang jururawat yang profesional. Kemudian, pada hari kedua dan seterusnya kami bertugas di ward biasa sambil belajar dengan pensyarah yang datang untuk membuat penilaian.
Sampailah pada minggu kedua, kejadian yang menakutkan ika sepanjang ika hidup ni bermula. Pada hari selasa, ika dan 2 orang kawan sama batch semester 1 ditugaskan di ward general (medical surgical ward) pada waktu shift petang dimana ianya pukul 2pm sehinggalah 9pm. Posting ika pada hari tersebut bermula macam biasa, datang dengar report dan ikut staff nurse perhatikan cara staff buat kerja sambil assist staff nurse buat procedure dan bertanyakan soalan jika ada yang tidak faham. Kadang-kadang ika diarahkan untuk hantar patient ke ward lain atau bilik prosedur lain yang bukan di dalam ward.
Tepat pada pukul 7 petang, ika dan kawan kawan yang lain baru naik rehat dari cafe menuju ke ward. Dalam perjalanan ke ward yang ditugaskan. Ika dan kawan kawan perlu naik lift dari tingkat 2 ke tingkat 7. Kami menaiki lift khas untuk patient dimana kawasan lift ni berada di hujung bangunan sebab biasanya lift untuk guest yang berada di tengah tengah bangunan pada waktu kemuncak ni sangat ramai orang (guest) hendak pulang setelah datang melawat. Lift akan selalu pack dan lambat. Semasa pintu lift patient yang kami nak naik tu terbuka, kami tekan button nombor 7. Jadi dari tingkat 2 kami bergerak satu persatu tingkat. Tapi, lif tersebut berhenti di setiap tingkat dan membuka pintu seperti ada orang hendak masuk atau keluar lift. Kami sahaja yang berada di dalam lift, tiada yang mahu keluar pun ke tingkat 3, 4 mahupun 5 atau 6. Yang hendak masuk juga tidak ada orang sama sekali. Segala bulu roma ika dah tegak dan rasa taksedap hati. Waktu maghrib juga dah nak dekat, ika dan kawan kawan nak pergi solat sebab baki waktu rehat kami sudah tak lama. Surau hanya bersebelahan dengan pintu wasuk ward.
Setibanya di tingkat 7, pintu lift tidak terbuka. Kami dah mula panick tapi masih belum tahap menjerit-jerit lah. Kami berpelukan sebab ketakutan. Nak tekan intercomm minta bantuan pun tak nampak sebab waktu tu lampu lift secara tiba tiba terpadam! Sangat mengejutkan. Keadaan kami waktu tu sunyi sepi, kedengaran bunyi berdesing saja di telinga. Tidak sampai 10 saat pun, lampu hidup semula tetapi....lift bergerak terus ke tingkat 11 dimana tingkat 11 tersebut merupakan ward 2nd class yang baru hendak dibuka dan masih belum berpenghuni. Pintu terbuka, GELAP! tiada lampu pun terbuka di tingkat 11 ni. Kawan ika, namanya Jue, dia mula menunjukkan riak wajah yang suram dan ketakutan seperti melihat sesuatu. Emma, kawan ika yang lagi seorang itu pun cepat cepat menekan button tutup pintu dan button 7 berulang ulang kali namun pintu tersebut sangatlah lambat nak tutup. Tuppppp, lepas pintu tu tertutup, kami berada dalam situasi yang tidak terkata, kami terdiam seketika.
Tinggggggggg.....Pintu lift terbuka sekali lagi. Kami sangkakan berhenti di tingkat 7. Namun sangkaan kami meleset jauh dan jantung kami sekali lagi berdegup laju sebabnya kami tiba tiba berada di tingkat 1. Ohhhhh, Ika lupa nak cakap, di tingkat 1 ni, bukak je pintu lift, depan pintu lift tu sudah terpampang bilik mayat. Apa yang mengejutkan kami ialah depan pintu lift kami tu boleh ada satu stretcher yang biasa digunakan untuk letak mayat. BETUL BETUL DIHADAPAN PINTU LIFT, BUKAN DITEPI BUKAN DI DALAM BILIK. SANGAT RAPAT BERADA DI DEPAN PINTU LIFT! Jue menangis nangis sudah sambil memohon agar kami ditinggalkan dan tidak diganggu, Kami hanya datang ingin menuntut ilmu disini. Tidak lama kemudian, pintu lift pun tertutup. Tak ada siapa diantara kami yang berani mahu kedepan dan tekan button 7 sebab masing masing dah dalam ketakutan. Namun lift tu BERGERAK SENDIRI ke destinasi asal kami iaitu di tingkat 7. Kami keluar cepat cepat dan menghela nafas lega namun lebih berhati hati. Sejak daripada itu, kami tidak berani menggunakan lift di hujung bangunan yang dikhaskan untuk pesakit itu. Tunggu lama pun tak apa lah guna guest lift. Janji tak berulang lagi situasi tersebut.
Bila kami menceritakan kisah ini kepada senior, mereka pun membuka cerita bahawa pernah juga ada yang kena kejadian yang seakan akan sama pada staff hospital dan juga student yang pernah practical disitu. Sebab itu lah, lepas saja waktu petang sehingga esok paginya tiada siapa yang berani menggunakan lift tersebut. Dan lagi satu, setelah berbulan bulan dari kejadian tersebut terjadi, Jue mula membuka cerita. Ingat tak situasi kami di tingkat 11 dimana keadaan luar yang gelap gelita tu, Jue tiba tiba suram dan seolah olah ketakutan. Sebenarnya Jue boleh melihat 'benda' dan 'benda' tu sebenarnya masuk lift dari tingkat 11 dan keluar di tingkat 1. dan yang bestnya, benda tu berada di belakang ika sepanjang perjalanan dari tingkat 11 ke tingkat 1. sekali lagi, bulu roma ika tegak semasa jue menceritakan kisah tersebut dan sekarang pun tengah menaip masih terbayang 'benda' tu berada dibelakang ika. sikit sikit ika tengok belakang ni sebab takut dan trauma kejadian yang sama berulang. mana lah tahu dia ikut ika balik.
Sekian, Terima kasih dan selamat malam :)

Comments
Post a Comment